Cari:
Sasaran Perdagangan China-Malaysia USD160 B Dapat Direalisasikan
2015-10-08 11:36:45 CRI Cetak

Sekiranya syarikat-syarikat perniagaan China dan Malaysia dapat mengeratkan kerjasama dan meneroka bidang kerjasama yang baharu, sasaran perdagangan dua hala berjumlah USD160 bilion (RM 678.4 bilion) dapat direalisasikan menjelang tahun 2017.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia, Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam rundingan Kerjasama Ekonomi dan Pelaburan Luar China tentang pertukaran kerjasama ekonomi dan perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur Selasa lalu.

Menurut beliau, China kini merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia. Jumlah perdagangan dua hala melebihi USD100 bilion (RM424 bilion) selama dua tahun berturut-turut.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan 182 projek pelaburan China yang bernilai USD 2.3 bilion (RM9.75 bilion) pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China