Cari:
Thailand Nafi Pembinaan Bersama Terusan Segenting Kra
2015-10-09 14:38:19 CRI Cetak

Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai menolak laporan media yang mendakwa Thailand dan China sedang mengkaji pembinaan bersama Terusan Segenting Kra.

Beliau membuat kenyataan tersebut sempena lawatannya ke China baru-baru ini.

Menurut beliau, pihak berkuasa China dan Thailand telah banyak kali menafikan pembinaan bersama terusan itu sejak tahun ini.

Gagasan itu dikemukakan oleh pihak Thailand kerana terusan itu boleh mengurangkan perjalanan kapal antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik tanpa perlu melalui Selat Melaka.

Don Pramudwinai menyatakan, kerajaan Thailand dan China tidak pernah mengadakan rundingan dua hala mengenai Terusan Kra, laporan tentang perkara itu tidak benar.

Beliau akan melawat China pada 8 hingga 10 Oktober ini bagi membincangkan hubungan dua hala dan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China