Cari:
Vietnam akan Giat Terlibat dalam Rangka Gagasan OBAOR
2015-10-09 11:49:52 CRI Cetak

Vietnam akan giat terlibat sama dalam pembinaan "Satu Jalur dan Satu Laluan" (OBAOR). Demikian dikatakan oleh bakal Duta Besar Vietnam ke China, Dang Minh Khoi di Hanoi semalam.

Menurut beliau, China telah mengemukakan beberapa inisiatif demi meningkatkan kesalinghubungan dan penyelarasan, dan mendapat sokongan daripada pelbagai negara dari dalam dan luar rantau ini.

Hal ini bermaksud pembangunan China turut memberikan peluang pembangunan kepada negara-negara terlibat.

Tambah beliau lagi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong telah mencapai persepakatan penting dengan pemimpin China berhubung usaha meningkatkan kesalinghubungan infrastruktur kedua-dua negara, ketika melawat China pada April lalu.

Pihak Vietnam akan meneliti pelan kesalinghubungan anjuran China, termasuk OBAOR. Diharap OBAOR dapat memberikan sumbangan bagi pembinaan infrastruktur rantau ini dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China