Cari:
Landasan Kereta Api Sambungkan China, Laos, Thailand
2015-10-09 12:53:50 CRI Cetak

China dan Laos sedang giat melakukan persiapan bagi melaksanakan projek pembinaan landasan kereta api China-Laos yang akan disambungkan dengan landasan kereta api China-Thailand.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang di Beijing semalam.

Menurut beliau, China dan Thailand telah mencapai beberapa persepakatan sempena Mesyuarat ke-7 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Pembinaan Landasan Kereta Api China-Thailand yang diadakan di Bangkok baru-baru ini.

Landasan kereta api China-Thailand akan bersambung dengan landasan kereta api China-Laos di sebelah utara, terus menuju ke Bangkok di sebelah selatan, dan menghala ke pelabuhan di sebelah timur negara itu.

Landasan ini akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan ekonomi, perdagangan dan perindustrian serta kerjasama sumber tenaga antara negara-negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China