Cari:
Malaysia Kutuk Keras Serangan Bom di Ankara
2015-10-11 14:22:21 CRI Cetak

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dalam serangan bom di Ankara, Turki semasa perhimpunan aman semalam.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedih insiden itu telah menyebabkan kehilangan nyawa apabila berita asing melaporkan 97 orang terbunuh setakat ini.

Beliau menegaskan pentingnya sentiasa menghormati hak orang lain untuk berhimpun secara aman berdasarkan peruntukan undang-undang.

Kata beliau, "Tiada siapa pun yang boleh melakukan keganasan hanya kerana anda tidak berkongsi pandangan yang sama. Ingatan dan doa saya kepada keluarga mangsa yang terlibat," katanya dalam laman Facebook rasminya hari ini.

- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China