Myanmar akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian gencatan senjata seluruh negara di Naypyidaw pada 15 Oktober ini.
Pengarah Penyelarasan Gencatan Senjata, Pusat Perdamaian Myanmar (MPC), U Min Zaw Oo berkata, pada hari tersebut, terdapat lapan kumpulan bersenjata etnik minoriti akan hadir untuk menandatangani perjanjian berkenaan.
Kerajaan turut tidak mengecualikan pihak-pihak yang tidak dapat menandatangani perjanjian gencatan senjata ini daripada proses damai negara itu.
Tambah beliau, China dan Myanmar adalah jiran baik, yang terus mengekalkan persahabatan erat antara satu sama lain.
Beliau yakin, tidak kira apa-apa pun yang berlaku kepada kerajaan Myanmar pada masa hadapan, persahabatan antara Myanmar dengan China akan dikekalkan.
Kedua-dua negara perlu terus menggalakkan kerjasama dan koordinasi demi kestabilan dan pembangunan di kawasan sempadan.
Beliau turut menafikan pernah membuat kenyataan bahawa China campur tangan dalam proses damai Myanmar, dengan menuntut kumpulan etnik bersenjata Myanmar tidak menandatangani perjanjian gencatan senjata tersebut.