Kerajaan Myanmar semalam mengumumkan tiga kumpulan bersenjata etnik minoriti digugurkan daripada senarai kumpulan haram.
Ketiga-tiga kumpulan bersenjata tersebut ialah Kesatuan Kebangsaan Kayin (KNU), Barisan Demokratik Pelajar Myanmar (ABSDF) dan Majlis Pemulihan Negeri Shan (RCSS)/Tentera Negeri Shan-Selatan (SSA-S) yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata.
Pengarah Penyelarasan Gencatan Senjata, Pusat Perdamaian Myanmar (MPC), U Min Zaw Oo mengumumkan, kerajaan dan kumpulan bersenjata etnik minoriti akan menandatangani gencatan senjata seluruh negara di Naypyidaw pada 15 Oktober ini.
Kerajaan Myanmar telah mengeluarkan undangan kepada 15 kumpulan bersenjata etnik minoriti untuk menandatangani perjanjian tersebut.