Cari:
Tiada Bangkai Pesawat MH370 di Selatan Filipina
2015-10-13 14:49:25 CRI Cetak

Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemukan di selatan negara itu.

Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.

Pada 10 Oktober lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemukan bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa terdapat rangka manusia yang masih mengenakan tali pinggang keledar di tempat duduk kabin, selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.

Sebaik-baik sahaja menerima laporan tersebut, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengeluarkan permintaan agar pihak berkuasa Filipina menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut.

Bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan oleh Filipina pada 12 Oktober lalu menafikan bangkai pesawat yang ditemukan di pulau berkenaan adalah milik pesawat MH370.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China