Cari:
MH17: Malaysia, JIT Rancang Tubuh Mahkamah Antarabangsa Bebas
2015-10-14 13:08:36 CRI Cetak

Malaysia bersama-sama dengan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) merancang untuk menubuhkan mahkamah antarabangsa bebas bagi mengheret pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden MH17 ke muka pengadilan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Menurut beliau, Malaysia bersama-sama dengan rakan JIT, iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia sedang berusaha untuk mengguna pakai satu perjanjian bagi menubuhkan satu mahkamah antarabangsa bebas, untuk mendapatkan mekanisme pendakwaan efektif terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan semalam, turut melahirkan tekad untuk menuntut keadilan sehingga dalang di sebalik tragedi tersebut menerima hukuman yang setimpal.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China