Cari:
Pesawat MH17 Sah Ditembak BUK
2015-10-14 11:15:56 CRI Cetak

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK.

Menurut laporan yang dikeluarkan DSB, pada pukul 1.20 tengah hari waktu Greenwich pada 17 Julai 2014, ketika pesawat MH17 melintasi ruang udara timur Ukraine, peledak 9N314M yang dilancarkan menerusi sistem peluru berpandu BUK dari timur Ukraine, meledak di sebelah kiri dan atas kokpit.

Berikutan daripada impak dan letupan tersebut, tiga anak kapal dalam kokpit terbunuh serta-merta dan pesawat itu berkecai di udara. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal yang berada dalam pesawat tersebut terkorban. Bangkai pesawat terbabit bertaburan dalam jarak 50 kilometer persegi.

Menurut laporan itu lagi, peluru berpandu itu dilancarkan dari lokasi dalam kawasan seluas 320 kilometer persegi di timur Ukraine.

Namun, usaha untuk menentukan secara tepat lokasi peluru tersebut dilancarkan tidak dalam skop siasatan DSB. 

Pada hari yang sama, Syarikat Almaz-Antei, pengeluar senjata pertahanan udara Rusia dalam sidang media berkata, pesawat MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari Kampung Zaroshchenskoye, kawasan yang diduduki tentera Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China