Cari:
Najib: Heret Dalang Insiden MH17 ke Muka Pengadilan
2015-10-15 11:48:43 CRI Cetak

Malaysia bersama-sama dengan pelbagai pihak yang terlibat akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan dalang di sebalik tragedi MH17 diheret ke muka pengadilan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut beliau, pasukan siasatan yang diketuai oleh Belanda dan disokong sepenuhnya oleh Malaysia perlu memberikan jawapan yang tepat dalam hal ini, agar Malaysia dan pelbagai pihak yang terlibat boleh mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Tambah beliau lagi, walapun 15 bulan sudah berlalu, namun Malaysia tetap komited untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dan menuntut keadilan bagi mereka yang tidak berdosa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China