Cari:
ACC, PPMC Komited Pacu Hubungan China-Malaysia
2015-10-15 16:53:29 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN (ACC), Yang Xiuping ditemui Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Dato' Abdul Majid Ahmad Khan di Kuala Lumpur semalam.

Yang dalam pertemuan itu telah membentangkan usaha ACC dalam menggalakkan kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN, khususnya dalam lima bidang utama, iaitu perdagangan, pelaburan, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.

Beliau turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan PPMC bagi memacu perkembangan hubungan China-Malaysia.

Dato' Abdul Majid melahirkan penghargaan atas sumbangan ACC dalam memperkasakan kerjasama pragmatik antara China dengan ASEAN.

Menurut beliau, usaha-usaha yang dilakukan ACC selama ini tetap selaras dengan keutamaan dan keperluaan sebenar dalam pembangunan hubungan kedua-dua pihak.

PPMC berhasrat untuk mengintensifkan sinergi dengan ACC bagi meningkatkan potensi hubungan Malaysia-China dan hubungan ASEAN-China pada keseluruhannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China