Cari:
Pemeteraian Perjanjian Projek HSR Jakarta-Bandung
2015-10-16 14:20:24 CRI Cetak

China dan Indonesia bakal menubuhkan syarikat usaha sama bagi mengendalikan projek landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung. Perjanjian berhubung dengan penubuhan syarikat itu telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak hari ini.

HSR yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar Indonesia itu panjangnya 150 kilometer dengan kelajuan maksimum 300 kilometer per jam (km/j).

Projek tersebut dijadualkan bermula pada bulan November tahun ini dan dijangka memakan masa selama tiga tahun.

HSR itu bakal memendekkan masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung daripada lebih tiga jam pada ketika ini kepada 40 minit.  

Menurut pegawai kanan Syarikat Landasan Kereta Api China (CRC), projek HSR Jakarta-Bandung akan dilaksanakan dengan kaedah pengendalian melalui usaha sama syarikat kedua-dua negara.

CRC akan memperkenalkan teknologi kereta api berkelajuan tinggi China yang canggih dan menjalinkan kerjasama padu dengan syarikat Indonesia bagi menjayakan projek tersebut.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China