Cari:
Malaysia Dilantik Naib Presiden WHA
2015-10-16 11:19:31 CRI Cetak
Malaysia dilantik oleh negara anggota Pasifik Barat Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) sebagai Naib Presiden WHA ke-69 yang dijadual berlangsung tahun depan di Geneva, Switzerland. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, pelantikan Malaysia secara sebulat suara itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-66 bagi Wilayah Pasifik Barat di Guam, Amerika Syarikat. Ia sebagai pengiktirafan terhadap peranan aktif Malaysia di pentas kesihatan global.

Malaysia akan mewakili 37 negara anggota dari rantau Pasifik barat ke perhimpunan itu kelak. WHA yang terdiri daripada 194 negara anggota, merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China