Cari:
China Main Peranan Positif dalam Usaha Basmi Kemiskinan Dunia
2015-10-18 14:02:18 CRI Cetak

China sentiasa memainkan peranan yang positif dalam usaha membantu negara-negara membangun lain membangunkan ekonomi dan membasmi kemiskinan. Demikian kata Setiausaha Negara Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Kao Kim Hourn di Phnom Penh semalam.

Beliau baru pulang ke tanah air selepas mengiringi Perdana Menteri, Hun Sen dalam lawatannya ke China. Dalam sidang media semalam, beliau menyatakan bahawa China telah memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat antarabangsa termasuk Kemboja.

Melalui bantuan secara percuma dan pinjaman keutamaan serta pelaburan dalam pelbagai bidang, China telah menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Kemboja, bagi membantu negara ini mewujudkan pembangunan ekonomi dan mengurangkan kemiskian.

Beliau menganggap bahawa gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) yang disokong oleh Tabung Jalan Sutera (SRF) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) akan menjadi saluran berkesan untuk membantu negara dan wilayah terlibat memajukan ekonomi dan menghapuskan kemiskinan.

Dalam Sidang Kemuncak Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu, Presiden China, Xi Jinping berjanji akan menubuhkan Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan dengan dana sebanyak USD 2 bilion bagi fasa pertama untuk membantu negara-negara membangun lain melaksanakan agenda pembangunan pasca tahun 2015. Hal ini juga merupakan sumbangan besar China kepada usaha membasmi kemiskinan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China