Cari:
Mekanisme Kerjasama Sungai Lancang-Mekong Bermula Bulan Depan
2015-10-18 15:14:22 CRI Cetak

Mekanisme Dialog dan Kerjasama Sungai Lancang-Mekong akan diperkenalkan secara rasmi bulan depan dengan tujuan membangunkan enam negara terbabit sebagai komuniti berkongsi masa depan yang saksama, saling menguntungkan, bersatu padu dan bersifat bekerjasama.

Demikian dinyatakan oleh Naib Pengerusi Persatuan Diplomasi Awam China (CPDA) yang juga bekas Duta Besar China ke Thailand, Zhang Jiuhuan, dalam seminar media China-Thailand di Bangkok semalam.

Zhang menyatakan bahawa mekanisme itu komited meningkatkan rasa saling mempercayai dan saling memahami serta menggalakkan pembangunan lestari dan pertukaran sosiobudaya antara negara-negara berkenaan.

Mekamisme tersebut memberikan tumpuan pada usaha meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperhebat langkah mengatasi ancaman keselamatan bukan tradisional, memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala, mendorong pemudahan perdagangan dan kerjasama kastam, serta memperdalam kerjasama dalam bidang kewangan, sumber air, kesihatan awam dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China