Cari:
Malaysia: Pencarian Pesawat MH370 Diteruskan
2015-10-19 15:12:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang pada ketika ini masih diteruskan oleh China, Australia dan Malaysia.

Hishammuddin berkata demikian ketika menghadiri Forum Xiangshan ke-6 yang diadakan di Beijing pada 17 hingga 18 Oktober lalu.

Menurut beliau, penemuan serpihan pesawat MH370 di Pulau Reunion, Perancis membuktikan bahawa operasi pencarian dijalankan di kawasan perairan yang betul. Namun, sekiranya tidak menemukan kotak hitam, kemungkinan sukar untuk mengetahui punca nahas pesawat MH370. Beliau berharap operasi pencarian tersebut dapat menjumpai lebih banyak penemuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China