Cari:
Mekanisme Kerjasama Sungai Lancang-Sungai Mekong Bakal Bermula
2015-10-19 14:23:01 CRI Cetak

Diplomat veteran China, Zhang Jiuhuan memaklumkan bahawa Mesyuarat Menteri Luar di bawah Mekanisme Kerjasama Sungai Lancang-Sungai Mekong akan diadakan di bandar Jinghong, Yunnan China pada 12 November ini bagi memulakan mekanisme kerjasama serantau yang melibatkan enam negara, iaitu China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Dalam sidang media China-Thailand di Bangkok kelmarin, Zhang Jiuhuan menyatakan bahawa mekanisme tersebut termasuk mengadakan mesyuarat pemimpin, mesyuarat menteri, mesyuarat pegawai kanan dan mesyuarat peringkat kerja. Serentak dengan itu, sistem tugasan harian juga dijangka akan dibentuk.

Mesyuarat Menteri Luar yang bakal diadakan itu akan membincangkan matlamat, bidang utama dan projek mekanisme tersebut fasa pertama untuk menggaris pelan pembangunan Mekanisme Sungai Lancang-Sungai Mekong pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China