Cari:
Najib: Ekonomi Digital Naik 17 Peratus
2015-10-20 14:36:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ekonomi digital Malaysia meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nilai output sektor ekonomi digital menduduki 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014. Kejayaan sektor ekonomi digital Malaysia tersebut adalah lebih awal berbanding dengan sasaran Digital Malaysia empat tahun lalu, iaitu pada tahun 2020.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) kali ke-27, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Bangunan Perdana Putra baru-baru ini.

Najib berkata, peningkatan sumbangan sektor ekonomi digital kepada KDNK Malaysia tersebut membuktikan bahawa negara ini berada di atas landasan yang tepat untuk menjadi sebuah negara maju.

Najib berpendapat, MSC merupakan teras sektor ekonomi digital negara. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, MSC telah menyumbang lebih RM295 bilion kepada pendapatan ekonomi negara, RM283 bilion adalah dalam bentuk pelaburan dan pada masa yang sama turut menawarkan lebih 147 ribu peluang pekerjaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China