Cari:
Singapura Sokong Peranan China dalam Wujudkan Keselamatan dan Kestabilan Asia
2015-10-20 14:49:45 CRI Cetak

Singapura menyokong penuh peranan China dalam menggalakkan keselamatan dan kestabilan Asia.

Demikian menurut Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen dalam Forum Xiangshan di Beijing minggu lalu.

Beliau berpendapat bahawa semangat nasionalisme tidak bertentangan dengan kerjasama keselamatan. Tegas beliau, pertikaian wilayah atau sumber tidak sepatutnya menjejaskan pembinaan rangka keselamatan yang stabil dan inklusif. Asia akan menghadapi risiko yang "amat besar" sekiranya persekitaran keselamatan tidak dapat diwujudkan bagi mengekalkan kestabilan dan kemakmuran pada masa depan.

Mengenai isu Laut China Selatan, Ng Eng Hen berpandangan bahawa tugas yang amat penting pada ketika ini adalah untuk meningkatkan kepercayaan antara negara ASEAN dan menggalakkan kerjasama dan dialog antara ASEAN dengan negara lain. Singapura akan terus memainkan peranan sebagai penyelaras hubungan ASEAN-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China