Cari:
150 Syarikat Berminat Sertai Projek HSR Malaysia-Singapura
2015-10-21 14:36:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kaji Selidik Pasaran Bersama melalui Permintaan untuk Maklumat (RFI) bagi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dengan Singapura telah menerima maklum balas daripada kira-kira 150 syarikat dan konsortium dari China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah setakat 16 Oktober lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia, Mohd Azharuddin Mat Sah dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, Chew Men Leong berkata demikian dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 19 Oktober lalu.

Projek HSR Malaysia-Singapura yang menelan belanja kira-kira USD 12 bilion itu dibina sepanjang 330 kilometer dan dijangka siap pada tahun 2022.

Selepas siap dibina, HSR tersebut berkelajuan 350 kilometer sejam dengan masa perjalanan kira-kira 90 minit sahaja untuk berulang-alik antara Singapura dengan Kuala Lumpur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China