Mesyuarat Pegawai Kanan Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) kali ke-10 dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama kali ke-15 diadakan di Chengdu, China semalam.
Pegawai kanan dari Kementerian Luar China dan pelbagai negara anggota ASEAN bertukar-tukar pendapat tentang pelaksanaan DOC dengan lebih komprehensif dan berkesan demi meningkatkan kerjasama maritim. Para perwakilan juga telah mengadakan rundingan yang holistik mengenai Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC) di bawah kerangka DOC.
Para perwakilan bersepakat bahawa DOC merupakan dokumen politik pertama mengenai isu Laut China Selatan yang ditandatangani oleh China dan negara-negara ASEAN. Oleh itu, DOC amat signifikan dalam memelihara keamanan dan kestabilan situasi di Laut China Selatan. Pelaksanaan DOC secara menyeluruh dan holistik perlu diteruskan dalam memenuhi kepentingan bersama pelbagai pihak yang terlibat.