Cari:
Filipina dan Vietnam Jalin Perkongsian Strategik
2015-10-23 14:58:58 CRI Cetak

Menurut maklumat Kementerian Luar Filipina semalam, Filipina dan Vietnam akan menandatangani perjanjian untuk menjalin perkongsian strategik.

Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario yang melawat ke Hanoi, Vietnam kelmarin bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh mempengerusikan Mesyuarat kelapan Suruhanjaya Bersama mengenai Kerjasama Filipina-Vietnam.

Selepas mesyuarat itu berakhir, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung telah menemui Rosario untuk membincangkan hubungan dua hala dan isu-isu serantau termasuk isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China