Cari:
Kerjasama Dipergiat bagi Kuatkuasakan Undang-undang di Sungai Mekong
2015-10-24 16:05:32 CRI Cetak

Mesyuarat peringkat menteri mengenai kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di Sungai Mekong dirasmikan di Beijing hari ini, yang diserikan dengan kehadiran Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun serta pegawai-pegawai dari Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Guo dalam ucapannya berkata, inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) mendapat respons positif dari negara-negara sepanjang Sungai Mekong, sekali gus membuka peluang baharu untuk memperkasakan kerjasama antarabangsa dan serantau dalam penguatkuasaan undang-undang.

Demi menjaga keselamatan di kawasan pengaliran Sungai Mekong, langkah-langkah termasuk rondaan bersama yang berkala, operasi memerangi jenayah dadah, jenayah siber dan pemerdagangan masnusia, berkongsi maklumat, serta program latihan perlu dilaksanakan untuk mewujudkan kestabilan dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China