Cari:
PM Najib Bawa Bajet 2016 untuk Dibentangkan di Parlimen
2015-10-24 16:05:51 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Ra­zak menyenaraikan enam pencapaian utama kerajaan sebagai penanda kejayaan yang boleh dibanggakan sekali gus mengangkat kembali kedudukan ekonomi Malaysia dari kedudukan di mana ia berada ketika separuh dekad lalu.

Ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat semalam, Najib berkata, pen­capaian pertama ialah eko­nomi semasa negara berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama pada tahun ini dan dianggarkan mencapai 4.5 peratus hingga 5.5 peratus sepanjang tahun meskipun ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar perlahan iaitu 3.1 peratus.

Jelas beliau, pencapaian kedua pula ialah kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka berlaku pada tahun ini. Pencapaian ketiga, melalui Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang bermula pada tahun 2010, kerajaan Malaysia telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan.

Menurut Najib, hasil pengurusan ekonomi Malaysia berkesan, kerajaan berjaya mengurangkan kadar pengangguran. Selain itu, seramai lima juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.

Najib menambah, kemasukan pelaburan asing negara in terus kukuh pada RM22.4 bilion pada separuh pertama tahun ini, manakala indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran RM1.675 trilion menjelang penutup bursa pada 22 Oktober lalu. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak RM418 bilion pada 15 Oktober lalu.

(Sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China