Cari:
China, Laos, Myanmar, Thailand Mahu Bekerjasama dalam Penguatkuasaan Undang-undang
2015-10-25 15:40:39 CRI Cetak

Kenyataan Bersama Mengenai Peningkatan Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan di Sungai Mekong dikeluarkan sempena mesyuarat peringkat menteri berkenaan yang berlangsung di Beijing semalam.   

Para hadirin menganggap, dengan terjalinnya ikatan kerjasama yang lebih erat sejak empat tahun lalu, China, Laos, Myanmar dan Thailand telah menjayakan operasi menguatkuasakan undang-undang, antaranya termasuk melakukan rondaan bersama, membanteras penyeludupan dadah, menumpaskan sindiket di kawasan Sungai Mekong dan lain-lain, sehingga menjamin keselamatan laluan perkapalan antarabangsa dan memecut pembangunan sosioekonomi di kawasan pengaliran sungai berkenaan.

Menurut kenyataan itu, empat negara tersebut bersetuju membina mekanisme peringkat menteri dan peringkat pegawai kanan mengenai penguatkuasaan undang-undang di Sungai Mekong, serta menubuhkan Pusat Kerjasama Sungai Lancang-Sungai Mekong. Dimaklumkan, beberapa operasi bersama antaranya misi memerangi jenayah dadah, aktiviti keganasan dan jenayah siber, membanteras kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) serta mengejar dan menghantar pulang pesalah yang melarikan diri, akan menjadi keutamaan bagi negara-negara berkenaan dalam tempoh 2016 hingga 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China