Cari:
Malaysia Dilanda Jerebu Terburuk dalam Sejarah
2015-10-25 15:44:16 CRI Cetak

Feno­mena jerebu yang sedang melanda Malaysia disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah sehingga menyebabkan sekolah-sekolah di negara itu terpaksa ditutup, manakala pener­bangan dan beberapa acara luar peringkat kebangsaan dibatalkan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, sebelum ini, negara itu tidak pernah mengalami masalah kemerosotan kualiti udara yang berulang sebanyak tiga kali dalam masa kurang satu bulan sehingga menyebabkan aktiviti harian orang ramai terjejas.

Masalah ini berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia dan keadaan bertambah buruk apabila wujudnya dua ribut tropika di selatan Fili­pina yang menolak asap jerebu ke Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, pihaknya melaksanakan 29 operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengurangkan kesan jerebu sejak Mac lepas.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China