Cari:
Bajet 2016 Bukti Kerajaan Mampu Urus Negara
2015-10-25 15:51:15 CRI Cetak

Kemampuan kerajaan dalam menguruskan Malaysia dengan baik dibuktikan dengan pembentangan Bajet 2016 semalam yang dilihat menepati janji mengutamakan kebajikan dan menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu sekali gus menyangkal persepsi oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kemampuan kerajaan dalam menguruskan pentadbiran negara.

Menurut beliau, dakwaan bahawa Malaysia akan bankrap adalah tidak benar kerana defisit fiskal negara terbukti menurun daripada 3.2 peratus pada tahun lalu kepada 3.1 peratus tahun ini.

Bajet 2016 merupakan bajet seimbang yang memberi manfaat terhadap semua sektor dan lapisan masyarakat terutama apabila kerajaan memperkenalkan satu lagi kategori golongan berpendapatan peratus sederhana (M40) yang memfokuskan kepada golongan pertengahan.

Malah, dengan pelbagai insentif ke atas beberapa industri seperti pengangkutan awam dan pembinaan rumah mampu milik yang lebih berkesan membuktikan kerajaan prihatin terhadap rakyat.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China