Cari:
Jokowi Lawat Rumah Putih
2015-10-27 14:39:26 CRI Cetak

Pertemuan antara Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Rumah Putih semalam menyaksikan hasil yang memuaskan, antaranya termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Kerjasama Maritim serta keinginan kedua-dua pemimpin untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi, pertahanan, kebudayaan, sumber tenaga dan sebagainya.

Ini adalah lawatan pertama Jokowi ke Rumah Putih sejak berkuasa pada tahun lepas dan dianggap signifikan dalam mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Selepas pertemuan tersebut, Jokowi mengumumkan bahawa negara itu berkeinginan untuk menganggotai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), selain menjadikan ekonomi digital sebagai satu program kerjasama utama dengan AS.

Dalam pada itu, Obama berkata, Indonesia di bawah pimpinan Jokowi maju ke arah yang betul. Kerjasama kedua-dua negara sejajar dengan kepentingan AS berikutan kelebihan negara itu dalam bilangan penduduk, daya pimpinan serantau serta peranan yang dimainkan untuk perkembangan perdagangan, perniagaan dan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China