Cari:
Jokowi Pendekkan Lawatan AS Kerana Isu Jerebu
2015-10-28 14:42:55 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) terpaksa memendekkan lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) bagi menangani krisis jerebu yang semakin buruk.

AS membayangkan akan memberi bantuan baharu kepada Indonesia bagi mengawal kebakaran hutan dan tanah gambut.

Menurut Pangkalan Data Kebakaran Global, hampir 100,000 kebakaran dikesan di Indonesia sejauh ini dalam tahun 2015. Kumpulan-kumpulan pencinta alam menyeru Presiden Jokowi supaya menangani punca masalah jerebu dengan lebih baik daripada memadamkan kebakaran hutan apabila sudah berlaku.

Menurut agenda, Jokowi dijadual melawat ke Silicon Valley di bahagian barat AS untuk menemui pegawai-pegawai eksekutif dari syarikat Google, Apple dan lain-lain pada hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China