Cari:
ASEAN Sedia Peluang kepada 630 Juta Penduduk
2015-10-29 14:55:27 CRI Cetak

ASEAN akan terus menyediakan peluang kepada 630 juta rakyat bagi membolehkan masyarakat serantau itu meraih keuntungan dan manfaat sebagai Komuniti ASEAN.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman ketika berucap pada Forum Ulang Tahun ASEAN bertajuk "ASEAN: Bersama Maju Ke Hadapan" semalam berkata, gagasan serantau itu perlu memastikan inisiatif pembinaan komuniti serantau ini benar-benar dirasai oleh rakyat di mana mereka boleh menyertai sepenuhnya dalam proses tersebut.

Menurut beliau, memandangkan cabaran besar dalam integrasi ekonomi, ASEAN perlu memberi tumpuan terhadap keutamaan tertangguh dalam meliberalisasikan perkhidmatan dan pemudahan perdagangan dan pergerakan tenaga kerja mahir.

Satu lagi cabaran ialah meningkatkan kesedaran dan memupuk rasa identiti yang mendukung idea Komuniti ASEAN.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China