Cari:
Najib: Pertahanan Ekonomi Kuat, Negara Terus Mampu Dibangunkan
2015-11-02 10:32:09 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan memperkenalkan program untuk kebaikan rakyat, walaupun pada ketika ekonomi dunia kini yang tidak menentu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Najib berkata, keadaan itu berlaku kerana kerajaan sebelum ini telah membina pertahanan ekonomi yang baik terhadap faktor-faktor asing yang berada di luar kawalan Malaysia. Sistem pertahanan ekonomi dalam bentuk rasionalisasi subsidi dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu membolehkan pelbagai program untuk rakyat terus dilaksanakan di bawah Bajet 2016, walaupun faktor luar tidak berpihak kepada Malaysia.

Tambah beliau lagi, GST yang dikutip telah dipulangkan kepada rakyat melalui program-program yang dilaksanakan.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China