Cari:
Pengecualian Visa kepada Pelancong China ke Malaysia
2015-11-02 13:33:00 CRI Cetak

Pelancong China yang membeli pakej percutian oleh ejen pelancongan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan China bakal menikmati pengecualian visa ke Malaysia.

Langkah ini merupakan salah satu langkah untuk menarik pelancong China supaya memilih Malaysia sebagai destinasi percutian sempena Tahun Baharu Cina.

Demikian dinyatakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut bagi melindungi pelancong China daripada diperdaya ketika membeli pelbagai barangan dan juga bagi memastikan pelancong dapat menikmati percutian yang berkualiti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China