Cari:
Ibu Pejabat(China) NTU Ditubuhkan di Shanghai
2015-11-02 13:33:40 CRI Cetak

Ibu pejabat(China) Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU) ditubuhkan di Shanghai kelmarin dengan harapan agar kerjasama antara Singapura dengan China dapat diperkasakan.

Timbalan Presiden dan Provost NTU, Profesor Freddy Boey berkata, pihaknya amat mementingkan pertukaran dengan China.

NTU memilih Shanghai sebagai tapak ibu pejabatnya di China kerana bandar itu mempunyai standard pendidikan dan sumber penyelidikan sains yang berkualiti. NTU dapat memperluas hubungan dengan kawasan-kawasan lain di China melalui bandar Shanghai, di samping menggalakkan transformasi penyelidikan sains dan pemindahan pengetahuan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China