Cari:
NLD Gesa Penyokong Keluar Mengundi
2015-11-03 13:56:28 CRI Cetak

Liga Kebangsaan bagi Demokrasi(NLD) Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi mengadakan perhimpunan di Yangon kelmarin menggesa penyokongnya keluar mengundi, walaupun berdasar undang-undang negara itu berkenaan, Aung San Suu Kyi tidak layak menyertai pilihan raya yang bakal diadakan pada 8 November nanti di negara itu.

Seramai 6200 calon daripada 90 parti akan bertanding dalam pilihan raya yang mempunyai 30 juta pengundi itu. Dua kuasa politik yang mempunyai daya persaingan paling kuat ialah parti pemerintah Mynmar, Parti Perpaduan dan Pembangunan Ke­satuan (USDP) pimpinan Presiden U Thein Sein dan parti pembangkang NLD pimpinan Aung San Suu Kyi.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang baru-baru ini menyatakan bahawa pilihan raya adalah antara perkara penting dalam proses tranformasi negara Myanmar. China percaya Myanmar berkemampuan melaksanakan pilihan raya dengan lancar dan berharap agar kuasa luar tidak campur tangan dalam perkara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China