Cari:
Thailand Atasi Masalah dalam Industri Pelancongan
2015-11-03 14:19:52 CRI Cetak

Sebanyak 15 buah institusi termasuk Jabatan Polis Pelancongan Thailand, Jabatan Pelancongan, pertubuhan syarikat swasta dalam sektor pelancongan mengadakan mesyuarat mengenai langkah menjaga keselamatan pelancong di Jabatan Pentadbiran Polis di negara itu semalam.

Menurut Timbalan Komander Jabatan Pentadbiran Polis Thailand, pihaknya akan menyelesaikan masalah industri pelancongan yang melibatkan 10 bidang dan mengadakan perbincangan demi menetapkan peraturan dalam menjaga keselamatan dan kepentingan semua pelancong.

Tegas beliau, masalah "pemandu pelancong yang tidak berkelayakan" dan "pakej percutian tanpa bayaran" adalah antara masalah utama.

Pihak polis akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan kalangan rakyat dan mengambil tindakan berkesan demi memastikan matlamat pelancongan di negara itu dapat dicapai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China