China berasa kecewa berikutan perisytiharan bersama gagal dikeluarkan dalam Sidang Menteri Pertahanan ASEAN dan Rakan Dialog(ADMM+) yang dirasmikan di Kuala Lumpur, Malaysia semalam.
Menurut pegawai Jabatan Hal Ehwal Penerangan Kementerian Pertahanan China, pihak China telah mengekalkan penyelarasan dan interaksi dengan Malaysia, negara pengerusi bergilir ASEAN, berhubung draf perisytiharan bersama dan mencapai kata sepakat dengan ASEAN. Namun terdapat negara di luar rantau ini berniat menambahkan secara paksa kandungan yang tidak dibincangkan dalam sidang kali ini ke dalam perisytiharan bersama. Tindakan itu sama sekali membelakangi panduan dan prinsip mekanisme ADMM+, menjejaskan kedudukan dan peranan utama ASEAN dalam mekanisme tersebut.
Kegagalan itu sepatutnya ditanggungjawab oleh negara di luar rantau ini. China berharap pelbagai pihak menghargai suasana kerjasama yang sukar diwujudkan dan memainkan peranan yang bersifat membina bagi perkembangan mekanisme ADMM+.