Cari:
Hampir 90 Peratus Penduduk Malaysia Berpendapat Ekonomi Malaysia Merosot
2015-11-04 11:37:30 CRI Cetak

Menurut laporan kaji selidik yang dijalankan The Nielsen Company (Malaysia) Sdn. Bhd., firma kaji selidik terkenal di dunia, satu pertiga responden di Malaysia berasa bimbang akan masa depan ekonomi, kestabilan politik dan jaminan pekerjaan, manakala 89 peratus lagi berpendapat bahawa ekonomi negara itu sedang mengalami kemerosotan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-11 di Kuala Lumpur semalam menyatakan bahawa ekonomi Malaysia berada di landasan tepat dengan mencatat pertumbuhan ekonomi antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini meskipun persekitaran ekonomi global masih lagi dalam keadaan tidak menentu.

Tambah beliau lagi, dengan mengambil kira jumlah kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini dan dipadankan dengan enam bulan kedua, Malaysia berada di landasan tepat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China