Operasi membersihkan padang periuk api dimulakan secara besar-besaran di kawasan sempadan China-Vietnam, provinsi Yunnan China semalam.
Operasi itu dijalankan di kawasan yang melibatkan lebih 30 desa dari enam kaunti di Yunnan. Kira-kira 400 anggota tentera China yang berpengalaman melaksanakan tugas ini.
Operasi membersihkan padang periuk api kali ini dijangka berakhir pada hujung tahun 2017. Ini merupakan operasi membersihkan padang periuk api yang berskala besar lagi di kawasan sempadan China-Vietnam selepas operasi seumpama itu dijalankan pada bulan April tahun 1992 hingga September tahun 1994, pada Oktober tahun 1997 hingga Mac tahun 1999 dan pada September tahun 2001 hingga Oktober tahun 2008 bagi menetapkan garisan sempadan China-Vietnam.