
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Vietnam. Majlis pelancaran buku Xi Jinping: Tadbir Urus China versi bahasa Vietnam diadakan di Hanoi, Vietnam hari ini bersempena dengan lawatan rasmi Presiden Xi ke Vietnam esok.
Buku yang mengumpulkan 79 ucapan penting dan 45 keping foto Presiden Xi daripada November 2012 hingga Jun 2014 itu merupakan wadah penting kepada orang ramai untuk memahami situasi semasa dan masa depan pembangunan China.
Duta Besar China ke Vietnam, Hong Xiaoyong, menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran buku tersebut. Menurutnya, buku ini membantu rakyat Vietnam meningkatkan persefahaman terhadap China pada zaman kontemporari dan memperkukuh perkongsian strategik yang komperhensif China-Vietnam .








