Cari:
Lawatan Presiden Xi Tingkatkan Hubungan Vietnam-China
2015-11-05 11:33:55 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam akan meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang baharu.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Huynh Vinh Ai ketika diwawancara oleh media China termasuk Agensi Berita Xinhua dan surat khabar Renminribao semalam.

Huynh Vinh Ai berkata, sejak 1990-an, Vietnam dan China telah mencapai hasil yang memberangsangkan dalam bidang kebudayaan, sukan dan pelancongan. Sementara itu, kedua-dua pihak juga telah mengintensifkan kerjasama dalam perlindungan warisan budaya, pameran dan fotografi.

Beliau yakin bahawa lawatan Presiden Xi ke Vietnam akan memperkukuh perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, di samping meningkatkan kepercayaan, persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara sehingga menjadi batu tanda sejarah dalam hubungan Vietnam-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China