Cari:
Xi Jinping Mulakan Lawatan Rasmi di Vietnam
2015-11-05 15:23:07 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah tiba di Hanoi untuk memulakan lawatan rasmi ke Vietnam. Beliau telah disambut dengan meriah oleh pegawai-pegawai kanan Vietnam di lapangan terbang.

Xi Jinping dalam ucapannya berkata, China dan Vietnam merupakan negara jiran yang rapat. Sistem politik negara sama, jalan pembangunan hampir sama dan masa depan yang saling berkaitan. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 65 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara semakin meningkat dan menuju ke arah pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam. Setelah memasuki abad baharu, kedua-dua negara memperkukuh perkongsian strategik komprehensif untuk membawa keuntungan yang besar kepada rakyat kedua-dua pihak dan telah banyak menyumbang demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Presiden Xi berkata, beliau berharap dapat bertemu dengan pemimpin dan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Vietnam, bertukar-tukar pandangan secara lebih mendalam mengenai hubungan parti dan kerajaan kedua-dua negara dan berbincang tentang isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China