Cari:
Kerjasama ASEAN Penting
2015-11-05 10:45:14 CRI Cetak

Kerjasama dalam kalangan negara ASEAN dan rakan dialognya adalah amat penting bagi menangani isu-isu berkaitan per­tahanan dan keselamatan pada pe­ringkat serantau serta antarabangsa.

Perkara itu adalah antara persetujuan yang dicapai dalam Me­syuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-PLUS ke-3 yang diadakan di Subang, Malaysia semalam.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Se­ri Hishammuddin Tun Hussein ber­kata, antara topik yang difokuskan semasa sesi bertukar-tukar pandangan dalam kalangan negara anggota ia­lah keselamatan maritim dan siber, bantuan kemanusiaan dan bencana serta langkah menangani kumpulan pengganas, terutamanya kumpulan militan Negara Islam (IS).

Tambah beliau lagi, semua negara anggota bersetuju bahawa kerjasama tersebut amat perlu dan penting bagi menangani isu-isu pertahanan dan keselamatan menerusi rangka kerja ADMM-PLUS.

ADMM- PLUS dihadiri oleh Se­tiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Le Luong Minh, Menteri-Menteri Pertahanan dari 10 negara ASEAN dan lapan rakan dialognya, iaitu Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China