Cari:
Xi Jinping Mulakan Lawatan Rasmi ke Vietnam dan Singapura
2015-11-05 10:46:12 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping berlepas dari Beijing pagi tadi bagi memulakan lawatan rasmi ke Vietnam dan Singapura atas undangan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang dan Presiden Singapura, Tan Keng Yam.

Turut menemani Presiden Xi termasuk isteri beliau, Peng Liyuan, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kajian Dasar Pusat PKC, Wang Huning, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC merangkap Ketua Setiausaha Jawatankuasa Pusat PKC dan Ketua Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat PKC, Li Zhanshu, ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China merangkap Menteri Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Jiarui.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China