Cari:
Filipina: Isu Laut China Selatan Tidak Dibincangkan dalam Sidang APEC
2015-11-05 11:51:16 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bakal diadakan di Manila, ibu negara Filipina pada 18 dan 19 November ini merupakan forum ekonomi dan bukannya forum politik. Oleh itu, isu Laut China Selatan tidak akan dibincangakan dalam sidang tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kabinet Filipina, Jose Rene D. Almendras ketika diwawancara media tempatan semalam.

Tegas beliau, sidang APEC akan memfokuskan kepada kaedah untuk menggalakkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serantau. Pihaknya sedang membuat pelbagai persiapan, dan berharap agar dapat memberikan tanggapan yang baik kepada para perwakilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China