Presiden China, Xi Jinping tiba di Hanoi tengah hari tadi bagi memulakan lawatan rasmi ke Vietnam.
Turut menemani Presiden Xi termasuk isteri beliau, Peng Liyuan, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kajian Dasar Pusat PKC, Wang Huning, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC merangkap Ketua Setiausaha Jawatankuasa Pusat PKC dan Ketua Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat PKC, Li Zhanshu, ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China merangkap Menteri Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Jiarui.