Cari:
Presiden Xi Terbit Rencana di Vietnam
2015-11-05 17:13:53 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam menerbitkan rencana yang berjudul "Meneroka Bersama-sama Masa Depan Hubungan China-Vietnam Yang Cerah" hari ini.

Beliau menyatakan bahawa lawatan rasmi yang diadakan atas undangan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang kali ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Vietnam.

Kini, China dan Vietnam sama-sama berada dalam fasa pembangunan dan pembaharuan yang penting. China sedang melaksanakan strategi bagi mewujudkan masyarakat kaya, mengintensifkan pembaharuan, mentadbir negara berdasarkan undang-undang, mendisiplinkan anggota Parti Komunis China(PKC) dengan peraturan yang ketat bagi merealisasikan impian kebangkitan bangsa China. Manakala, Vietnam sedang membuat persiapan bagi menghadapi Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 Parti Komunis Vietnam dan mempergiat pembangunan modenisasi yang kaya, kuat, demokrasi, adil dan bertamadun. Sehubungan dengan itu, mengeratkan persahabatan dan meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan sejajar dengan kepentingan strategik kedua-dua negara.

China akan terus mengekalkan persahabatan dengan negara jiran, memberikan sumbangan demi pembentukan komuniti Asia dan menggalakkan hubungan China-Vietnam terus berkembang pada zaman baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China