Cari:
Pertemuan Pemimpin Tanah Besar-Taiwan Menarik Perhatian Masyarakat Singapura
2015-11-05 17:24:55 CRI Cetak

Pertemuan antara pemimpin Tanah Besar, Xi Jinping dan pemimpin Taiwan, Ma Ying-jeou di Singapura pada 7 November nanti telah menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat di Singapura.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura melaporkan, mantan Menteri Luar Singapura, George Yong-Boon Yeo menyatakan bahawa pertemuan ini mengubah "faktor psikologi" demi hubungan kedua-dua pantai selat Taiwan dan membuka tirai kebangkitan bangsa China secara damai. Perkara ini baik bagi warga China, warga Singapura dan masyarakat di Asia. Penambahbaikan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan bakal menyumbang kepada kedamaian dan perkembangan serantau.

Pengerusi Institut Asia Timur Universiti Nasional Singapura, Zheng Yongnian menyatakan bahawa Presiden Xi komited bertemu dengan Ma Ying-jeou pada ketika ini bagi membuktikan iltizam beliau untuk mencapai kemajuan dalam hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan dan membincangkan kaedah bagi mengekalkan status quo dan situasi yang stabil ketika berdepan dengan kemungkinan Taiwan ditadbir oleh Parti Progresif Demokratik.

Akhbar The Straits Times Singapura pula menerbitkan rencana yang menganalisis kesan daripada pertemuan tersebut kepada hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan dan memetik kenyataan pemerhati sebagai berkata, pertemuan tersebut membawa makna positif demi memperkasakan hubungan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China