Cari:
Lee Hsien Loong: Prospek Hubungan Singapura-China Cerah
2015-11-06 15:40:19 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada 6 hingga 7 November ini atas undangan rakan sejawatnya dari Singapura, Tan Keng Yam. Pelbagai lapisan masyarakat di Singapura menanti-nantikan lawatan rasmi Presiden Xi.

Dalam rangka lawatannya, Xi Jinping akan menemui Presiden Singapura Tan Keng Yam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-Singapura pada masa depan.

Dalam lawatan Xi di Singapura, kedua-dua negara juga akan mengumumkan projek kerjasama antara kawasan bahagian barat China dengan Singapura, projek kerjasama ketiga selepas Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura dan Bandar Ekologi Tianjin China-Singapura.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China