Cari:
Seorang Wanita Warga China Maut Ditikam
2015-11-06 15:41:41 CRI Cetak

Seorang wanita dari provinsi Fujian China maut di Johor Bahru Malaysia pada 4 November lalu.

Menurut pihak Kedutaan Besar China di Malaysia, wanita tersebut yang berumur 44, cedera parah ditikam di bahagian belakang badan semasa cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal di Johor Bahru. Wanita tersebut meninggal dunia tidak lama selepas kejadian itu berikutan kecederaan yang teruk.

Kedutaan Besar China di Malaysia segera menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menuntut pihak PDRM menyiasat dan menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin, mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mereka yang terbabit dalam kejadian itu serta meningkatkan keselamatan warga China di Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China